Assalamualaikum...
![]() |
| Kenapa running man tanda soal Sebab aku suka fullstop |
Aku sedar, aku bukan diri aku yang sekarang. Kadang2 aku sendiri tak ingat sapa diri aku (bukan hilang ingatan). Aku macam jadi orang lain. Seriously, aku rindu sekolah. Aku rindu kawan2 sekolah. Suasana sekolah. Kalau dulu masa sekolah, fikir pasal nak study abroad, nak cepat abis sekolah. Tapi bila dah abih sekolah, rindu kat sekolah. Hm. Memang dah dinamakan manusia, tatau erti syukur and terima seadanya. Bukan bermakna aku takda kawan sekarang ni, aku sayang semua kawan2 aku.
Untuk terakhir kalinya,
Aku buang segala bad behavior aku. Aku nak jadi aku yang baru. Untuk bulan rejab, bulan keampunan ni (bulan dimana berlakunya israk dan mikraj juga), aku nak berubah. Masih belum terlambat untuk berubah. Aku tak harapkan orang around aku untuk support aku, but please respect. Allah sentiasa ada untuk hambaNya, sedangkan manusia, macam "chips more". Bukan bermakna aku tak perlukan kawan, tapi untuk menceritakan masalah, lebih layaklah aku jadikan Maha Pencipta sebagai tempat mengadu. Kerana tak mahu menjadikan masalah aku itu as satu beban kepada kawan2.
Untuk terakhir kalinya,
Aku stop fikir yang bukan2. Aku stop mengharapkan sesuatu yang aku takkan pernah dapat. Apa? Aku tak usaha? Bukan tak usaha, tapi aku tak layak untuk mendapatkannya. Biarlah Allah yang tentukan :) Aku lebih senang macam ni. Walaupun kau tertanya2 tapi takpelah, ketentuan Allah lebih pantas dari kemahuan kita kan. So, let Allah do what we cant do. Andai masa boleh aku undur, alangkah bermaknanya hidup. Tapi bak kata nenek aku, tada orang yang menyesal DAHULU, semuanya akan menyesal KEMUDIAN.
Untuk terakhir kalinya,
Aku tidur lambat untuk sesuatu yang tidak berfaedah. -_- Tapi untuk minggu ni aku tidur lambat atas alasan yang kukuh. Haha. Tak berapa tepat bagi word 'alasan' but 'sebab'. Yes ! Okay, I found the jawapan and hidup mesti diteruskan sebagai manusia yang tahu erti syukur akan segala nikmat yang Allah berikan.
Wassalam..
ps : Terima kasih pada yang membaca dan terima kasih kepada yang memberi komen. :D Selamat Malam, 12 Rejab 1433.
